Pages

Wednesday, August 20, 2014

TEKS UCAPAN KETUA PSS 2014

MAJLIS MAKAN MALAM JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH
TARIKH: 21 OGOS 2014
TEMPAT: THE WINDMILL STATION, BUKIT BERUANG



Assalamualaikum w.b.k. Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis. Yang berusaha Tuan Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.

     Pertama kali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kepercayaan mewakili rakan-rakan dalam menyampaikan ucapan wakil Pengawas Pusat Sumber tahun 2014 di majlis Makan Malam PSS.

     Seterusnya, saya bagi pihak AJK Tertinggi PSS 2014 ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua guru yang telah berusaha untuk menjayakan majlis ini. Kepada AJK Tertinggi yang baru di lantik, kami barisan senior berharap agar adik-adik dapat menjalankan tugas dengan baik, amanah dan teruskan usaha untuk menjadikan pusat sumber SMTAQ sebagai pusat rujukan ilmu kepada para warga SMTAQ sekaligus menjadi salah satu PSS terbaik di Melaka.

    Pada kesempatan ini juga, kami menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf, seandainya ada antara kami yang melakukan kesalahan dan kekhilafan dari segi tutur kata dan perbuatan. Selain itu, sebagai wakil mantan jawatankuasa pengawas PSS, kami memohon maaf, sekiranya kami tidak dapat menjalankan tugas dengan cemerlang sebagaimana yang diharapkan namun ketahuilah kami telah sedaya upaya memberikan yang terbaik bagi menghidupkan PSS sekolah yang sebelum ini seakan-akan “hidup segan mati tak mau”.
Harus adik-adik sedar bahawa usaha gigih daripada pengetua dan barisan gkmp yang telah dapat menghidupkan kembali pusat sumber sekolah dan memastikan ia berfungsi dengan baik. Kepada AJK yang baru,  jalankan tugas anda dengan penuh dedikasi kerana sesungguhnya amanah itu adalah perkara yang paling berat untuk di pikul namun amat ringan untuk di tinggalkan.

Kepada guru-guru yang ada di sini, akan kami sanjungi dan kami ingati sepanjang hayat kami. Hanya Allah sahaja  yang  dapat  membalas segala pengorbanan guru-guru sekalian.

sebelum mengundurkan diri ingin saya memetik kata-kata daripada Winston Churcill yang berbunyi “The Price of Greatness is responsibility”… kepada Ketua PSS yang baru, you should be a leader not a boss because the boss will say “go” while a leader will say “let’s go”. Sekian terima kasih. 


Nukilan: Mohamad Fakhrul Syakirin

No comments:

Post a Comment