Sekolah ini mula diasaskan pada tahun 1999 dengan menggunakan nama Pusat Pengajian tahfiz Al-Quran dan diuruskan oleh Yayasan Al-Mukhsinin. Pada awalnya pusat tahfiz ini hanya menekankan kurikulum tahfiz sepenuhnya sahaja. Namun pada Julai 2001, pusat tahfiz ini di ambil alih oleh pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan pusat tahfiz ini betempatkan di Anjung batu dengan menggunakan bangunan kepunyaan Tan Sri Wan Azmi. Pada tahun 2002, pusat pengajian ini mendapat nama baharu iaitu Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM) Anjung batu. Selaras dengan tuntutan semasa, JAIM telah memperkenalkan aliran akademik yang melaksanakan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan di samping hafazan Quran sebagai teras pengajian. Lantas, sekolah ini merupakan sekolah menengah agama aliran tahfiz yang ulung di Malaysia di bawah tadbiran kerajaan negeri. Pada 1 Januari 2006, sekolah tahfiz ini mula diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dibawah sektor Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Bilangan guru akademik di sekolah ini adalah seramai 25 orang sahaja, manakala guru tahfiz pula seramai 15 orang. Enrolmen atau bilangan pelajar sekolah sehingga Jun 2012 adalah seramai 215 orang pelajar sahaja.
No comments:
Post a Comment