Pages

Saturday, March 15, 2014

Lencana, Visi, Misi ,Moto



LENCANA SEKOLAH
Jika diperhatikan dengan lebih teliti, lencana ini merupakan singkatan kepada nama sekolah ini sendiri. Warna-warna yang mewakili lencana ini iaitu biru, kuning dan merah membawa maksud tertentu.Warna merah bermaksud keberanian, warna kuning melambangkan warna diraja dan warna biru melambangkan perpaduan.

VISI 
Menjadi sekolah yang mampu melahirkan generasi ulul albab berteraskan al-quran dan sunnah

MISI
Al-quran sebagai teras pembelajaran dalam mendidik pelajar supaya mampu menguasai pelbagai ilmu, berakhlak mulia dan berkemahiran melengkapkan prasarana pendidikan dan suasana pembelajaran yang kondusif
  
MOTTO
  Ulul albab membina insan

SEJARAH RINGKAS SMTAQ



Sekolah ini mula diasaskan pada tahun 1999 dengan menggunakan nama Pusat Pengajian tahfiz Al-Quran dan diuruskan oleh Yayasan Al-Mukhsinin. Pada awalnya pusat tahfiz ini hanya menekankan kurikulum tahfiz sepenuhnya sahaja. Namun pada Julai 2001, pusat tahfiz ini di ambil alih oleh pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan pusat tahfiz ini betempatkan di Anjung batu dengan menggunakan bangunan kepunyaan Tan Sri Wan Azmi. Pada tahun 2002, pusat pengajian ini mendapat nama baharu iaitu Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM) Anjung batu. Selaras dengan tuntutan semasa, JAIM telah memperkenalkan aliran akademik yang melaksanakan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan di samping hafazan Quran sebagai teras pengajian. Lantas, sekolah ini merupakan sekolah menengah agama aliran tahfiz yang ulung di Malaysia di bawah tadbiran kerajaan negeri. Pada 1 Januari 2006, sekolah tahfiz ini mula diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dibawah sektor Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Bilangan guru akademik di sekolah ini adalah seramai 25 orang sahaja, manakala guru tahfiz pula seramai 15 orang. Enrolmen atau bilangan pelajar sekolah sehingga Jun 2012 adalah seramai 215 orang pelajar sahaja.